suezie

Sabtu, 9 Januari 2010

Melebatkan Rambut Anak

Ambil air kelapa yang sedang (kelapa itu tidak muda dan tidak pula tua). Sapukan ke kepala anak itu setiap hari. Insya Allah, jika diamalkan setiap hari, rambut di kepala anak itu akan tumbuh dengan lebatnya.

Membentuk Bulu Kening Anak

Tangkai sirih dipotong dari daunnya. Putuskan yang bawah iaitu yang menemukannya pada daun itu, kemudian tangkai tadi dilukis pada bulu kening anak damit. Amalkan kepada anak damit kita yang masih berumur sebulan hingga ia menjangkau usia ke setahun. Selain membentuk bulu kening ia juga akan melebatkan bulu kening anak itu nanti.

Membuat Anak Cepat Bercakap Dan Pintar

Jika anda memasak nasi, dan ketika nasi sudah mendidih, awda akan dapati air pada nasi itu menggelagak atau mendidih dan mengeluarkan seperti buih (buyah), cuba sudukan buih (buyah) yang sedang menggelagak atau mendidih itu dan suapkan kepada anak yang baru berusia 2 minggu atau sebulan.

Memilih Ikan Yang Baik

[a] Mata ikan terang, warna hitam pada bola matanya tidak bercampur warna lendir.

[b] Sisik ikan tidak banyak yang gugur.

[c] Bila badan ikan itu ditekan dengan jari, daging ikan itu kembali seperti kedudukan semula/asal.

[d] Tidak terdapat luka pada badan ikan tersebut.

[e] Warna iseng/insangnya masih dilapisi lendir asli.

[f] Badannya tidak berbau.

Memudahkan Tidur
Ambil akar kelapa hijau sebanyak lima potong dan direbus dengan air sebanyak satu gelas. Akar tadi mestilah dipotong sepanjang lima sm (cm). Kemudian tapis dan ambil airnya. Cubalah minum air rebusan tersebut lebih kurang suku cawan sebelum tidur. Insya-Allah masaalah biskita susah hendak tidur dapat diatasi.

Tiada ulasan: