suezie

Khamis, 17 Disember 2009

MENAIKKAN SERI WAJAH


Bagi bakal pengantin yang ingin menaikkan seri wajah pula amat dinasihatkan melakukan petua turun temurun orang tua iaitu mandi bunga. Selain itu, mandi bunga juga dilakukan untuk mencari jodoh dan membuang sial. Sejauh mana keberkesanannya tidak diketahui. Kadangkala, ada juga wanita yang sudah menjalankan adat mandi bunga ini lebih daripada tiga kali, namun hasilnya tetap sama, masih belum dipinang orang. Tetapi, walaupun begitu manusia hanya dapat berikhtiar dan berusaha.

Berbalik tentang petua menaikkan seri wajah, mandi bunga juga boleh dilakukan. Ia juga dipercayai boleh menolak bala di samping menyegar dan merehatkan badan. Bunga yang digunakan termasuk melati, melur, tanjung, mawar, kekwa, cempaka dan pelbagai bunga lain asalkan merangkumi tujuh jenis bunga dan pelbagai warna. Hirisan limau purut dan limau nipis boleh dicampur bersama untuk menambah haruman. Selalunya orang-orang tua turut membaca ayat Al-Quran pada mandian ini.

Selain itu, rawatan lebih sempurna jika bahagian dalaman diambil kira. Jelas beberapa pengamal petua lama, kunyit juga boleh digunakan untuk menaikkan seri wajah. Ambil sebesar ibu jari, tumbuk dan perah untuk mengambil patinya (jangan campurkan air). Lakukan dua atau tiga kali seminggu, dua bulan sebelum berkahwin.

Selain itu, mungkin ada yang pelik apabila mendengar makan bunga mawar untuk menaikkan seri wajah. Kunyah sekuntum sehari, sepanjang 44 hari, disertai selawat nabi. Begitu juga dengan pengamalan kurma Cina yang lazimnya digunakan oleh orang Cina. Tetapi masih ramai yang tidak mengetahui bahawa ianya bagus untuk menambah darah dan menaikkan seri wajah. Caranya, rebus ia dengan air hingga warnanya menjadi seperti warna teh. Amalkan seperti minum air suam

dari;pkukmweb.ukm

Rabu, 16 Disember 2009

MENGHILANGKAN BAU BADAN


Masalah bau badan memang memeningkan kepala. Walaupun sebotol minyak wangi digunakan, namun badan tetap berbau bila kesan minyak wangi yang digunakan hilang kesannya. Tahukah anda semua, zaman datuk, nenek dan moyang kita tidak memerlukan minyak wangi (mungkin kerana belum wujud lagi). Mereka hanya menggunakan bahan-bahan asli untuk mengatasi masalah bau badan. Daun sirih dikatakan tumbuhan yang paling sesuai untuk mencegah hal ini. Daun ini diramas dan disapukan pada badan terutama ke bahagian tubuh yang berbau. Insya-Allah, berkesan.

Selain itu, mandi susu juga boleh dilakukan. Rawatan ini mengandungi campuran susu soya, susu kambing, madu dan aromaterapi. Semuanya dimasukkan di dalam tab mandian berisi air suam. Kemudian, berendam selama 15-20 minit. Lakukan sekurang-kurangnya seminggu sekali.

MENGEKALKAN KEDARAAN SELEPAS BERKAHWIN (BERSALIN)

Petua orang tua disebelah pantai Timur pula, pada malam pertama selepas bersama suami, mereka menyarankan kepada bakal pengantin agar membasuh alat sulit dengan menggunakan air ramasan sirih untuk menolak angin dari dalam faraj ke luar. Selain itu daun sirih juga dikatakan boleh berguna untuk mencuci alat sulit selepas datang haid.

Selain itu, keremajaan dan kejelitaan wanita dipercayai boleh dikekalkan dengan mengamalkan ulam. Daun legundi, daun bebuas, pucuk kaduk, daun mengkudu, pucuk belantas, cekur, daun serindit burung, ulam raja, daun selom, mata kunyit, temu kunci dan peria adalah tumbuhan yang patut dijadikan santapan harian. Temu kunci dipercayai berkhasiat mengembalikan kedaraan wanita selepas bersalin. Segala maklumat mengenai pelbagai khasiat tumbuh-tumbuhan ini terkandung di dalam Kitab Tib Melayu Lama yang berusia lebih daripada 500 tahun yang kini disimpan di Arkib Negara.

Berpandukan buku inilah, seorang pengamal petua kecantikan, Puan Hasnah Abdul Naim, 61 tahun, yang sejak kecil dipaksa makan beberapa jenis daun mengikut malam tertentu. Salinan buku itu kini terdapat dalam simpanannya yang dalam tulisan jawi. Malam Isnin dan malam Khamis, beliau dipaksa makan daun legundi dan daun inai. Pada malam lain, lain pula ulamnya. Jadi, tidak hairanlah jika ada yang menyangka beliau baru berusia lewat 30an. Katanya, orang dulu-dulu tidak menerangkan khasiatnya secara jelas tetapi berkias. "Orang beranak biar banyak kali tetapi biar seperti kain basuh sekali". Maksudnya, biar berapa kali beranak pun, kewanitaan tetap akan terpelihara seperti waktu mula bersama. Umpamakan diri seperti kain, jika dibasuh berkali-kali, tentu luntur warnanya, tetapi dengan mengambil ulam-ulam ini, Insya-Allah, kewanitaan akan kekal lama.

Akar inai juga juga bagus dijadikan tasak untuk mengemaskan rahim bagi mereka yang lepas bersalin. Mereka yang ingin dapat anak lambat selepas berkahwin ataupun menjarangkan anak, boleh juga mengamalkannya. Caranya, ambil sembilan urat akar, rebus dan minum setengah cawan, dua kali seminggu. Jika ingin berehat setahun daripada bersalin, amalkan sepanjang tempoh itu.

dari;pkukmweb.ukm.my

Sabtu, 12 Disember 2009

tegangka kulit muka

Jika anda telah berusia,satu masalah yang perlu anda hindari ialah ,memakan makanan yg pedas-pedas.
Gula batu juga boleh mengatasi masalah ini.Caranya ambil sbuku gula batu,rendam dengan segelas air,setelah itu minumlah air gula batu itu setiap pagi dan petang.

Jumaat, 11 Disember 2009

Menghilangkan dengkur

Ada orang yg boleh tidur nyenyak ,tanpa berdengkur.Walaupun berdengkur tidak bahaya bagi orang yg sedang tidur,tetapi ini mungkin menimbulkan masalah kepada orang yg sedang tidur di sebelah anda,kerana anda berdengkur dengan kuat.
Petua untuk menghilangkan dengkur,dengan menggunak-an buah badam.Caranya;
                 Ambil tujuh biji badam,tumbuk hingga lumat,campurkan dengan air susu yg suam.Kacau campuran ini hingga sebati,berikan pada orang yg sering tidur berdengkur,Insya-Allah dengkurnya akan hilang. 

Rawatan haid tidak putus

     Ada wanitayg mengalami datang haid yg tidak putus-putus,kadang-kadang sehingga berbulan-bulan,walaupun itu datang sedikit-sedikit namun ia amat mengganggu.Untuk merawatnya ambil tiga inci halia,beberapa batang kulit kayu manis, kayu putih,suku cawan jintan manis.
  Rebus ramuan itu kira-kira tiga jam dengan 14 cawan air.Jadikan 1cawan untuk di minum semasa masih suam.Amalkan 4 kali sahaja.Waktu datang darah kotor,jangan makan barang berdarah.Cubalah berikhtiar....selebihnya, kita berserah pada Allah.Rawatan haid tidak putus

Rabu, 9 Disember 2009

tapai ubi pencegah kanser

jangan terkejut sekiranya satu hari nanti anda perlu menjadikan tapai ubi sebahagian dari menu harian semata-mata untuk menjaga kesihatan.Sekumpulan penyelidik dari universiti Putra Malaysia(UPM)mendapati proses penapaian ubi menghasilkan sejenis bahan di kenali sebagai bakteriosin.Bakteriosin ini dihasilkan oleh sejenis bakteria asid laktikyg diasingkandari tapai ubi(manihot esculanta)dan didapati berkemampuan mencegah kanser.tapai ubi pencegah kanser

Selasa, 8 Disember 2009

Halia bukan sekadar buang angin

Secara tradisionalnya,halia dapat menyembuhkan beberapa gejala seperti
kurang selera makan,pening kepala,sakit sendi,kegatalan pada badan dan bengkak-bengkak.Selain itu,halia juga berkhasiat untuk menghangatkan tubuh badan dan membantu proses pencernaan makanan dalam badan.

Rabu, 2 Disember 2009

petua menjaga rambut

DAUN PUDING MERAWAT GATAL KEPALA
            daun puding di bersihkan lalu di kisar,kemudian di
             sapu pada kulit kepala.Balut dengan tuala bersih
             selama satu jam.Setelah itudi bilas dgn air bersih,
             lakukan dua kali seminggu.

DAUN RAMBUTAN JUGA DPT MERAWAT GATAL KEPALA
            daun rambutan juga dapat mengatasi gatal kepala,iaitu
            dgn cara dicampur sedikit air danlimau nipis.daun 
            rambutan di ramas dgn sedikit air lalu di campur dgn
            perahan limau nipis,tapis air tadi di sapu di kepala.,
            stlh itu di bilas.lakukan 2 mggu sekali.

BELIMBING JUGA UNTUK KULIT KEPALA
           buah belimbing dan limau purut dapat mengurangkan
           gatal kulit kepala.buah belimbing dan daun limau 
           purut di blend kasar,kemudian di sapu di kepala.
           menurut orang tua-tua lebih lama di biarkan di 
          kepala lebih baik,stlh itu di bilas.    
     

Ahad, 29 November 2009

petua kesihatan

CARA MEMBUANG KACA DALAM KAKI;
                         ambil bubur nasi yg panas, dan letakkan di tempat yg
                         luka,kemudian tutup dgn sireh dan balut.Ulang selama 4-5
                        hari.Insya-Allah kaca akan keluar bersama nanah.

CARA MEMBUANG DURI DALAM KAKI;
                        bagi memuang duri dalam kulit,ambil seulas bawang merah,
                        lumurkan bawang tersebut dgn minyak kelapa,kemudian bakar
                        sehingga hangus dan tampalkan pada tempat yg luka.

petua merawat bayi

BATUK KAHAK PADA BAYI
                  batuk yg tak henti-henti biasanya berlaku pada bayi
                  dan kanak-kanak,bagi mengatasinya,ambil air perahan
                  daun peria berikan pada bayi,secara sedikit demimsedikit.
                  Oleh kerana air  perahan tadi pahit maka kahak akan keluar dgn
                   mudah.

JIKA BAYI KEMBUNG PERUT;
            jika bayi anda meragam,kerana perutnya kembung,anda bolehlah
                  menjunjung bayi anda dgn meletakkan kepala anda pada perut bayi
                  lalu di pusar,atau sapukan minyak padabetis dan perut juga pada
                  pergelangan kaki.Insya-Allah sakitnya akan berkurangan.

KURANGKAN PANAS BADAN BAYI KETIKA DEMAM
            ambil asam jawa di campur dengan sedikit air lalu diramas,kemudian
                  disapu ke kepala bayi.daun bunga raya juga dapat manurunkan panas
                  badan bayi dgn cara ambil beberapa helai daun bunga raya lalu di
                  ramas dgn air dan di sapukan ke krpala air.

petua dapur

ELAK NASI DARI CEPAT BASI;
                           bagi menggelakkan nasi dari cepat basi,masukkan dua hingga tiga kuntum
                            bunga cengkih.Campurkan sekali sedikit garam dan kemudian masak nasi 
                          seperti biasa.
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                    
HALAU KUTU BERAS;
                    seringkali bekas yang berisi beras mempunyai kutu beras, ini akan menyuka-
                    rkan kita untuk membasuh beras dan memakan masa,bagi mengelakkan kutu
                    beras ini ialah dgn cara meletakkan serai yg telah di simpul ke dalam bekas beras 
                    tadi.Insya-Allah masalah anda akan selesai.

HILANGKAN LENDIR IKAN KELI;
               untuk menghilangkan lendir ikan keli,ambil sedikit daun pisang dan lumurkan
               ke seluruh ikan keli tersebut.Cara ini turut menghilangkan bau hanyir ikan selain 
               menjadikan masakan lebih enak.

PETUA MENGHALAU TIKUS DARI DAPUR;
           tikus yg berkeliaran  di dapur ,menjadi masalah buat kita,apalagi tikus juga boleh 
           mencemarkan makanan atau hidangan.Untuk mengatasi masalah ini ,ambil daun
          belanda ,letakkan pada dapur  dan tempat simpan makanan,juga boleh di letakkan
          di bendul dapur.Cara ini akan membuatkan tikus cepat lari.