suezie

Sabtu, 9 Januari 2010

Melebatkan Rambut Anak

Ambil air kelapa yang sedang (kelapa itu tidak muda dan tidak pula tua). Sapukan ke kepala anak itu setiap hari. Insya Allah, jika diamalkan setiap hari, rambut di kepala anak itu akan tumbuh dengan lebatnya.

Membentuk Bulu Kening Anak

Tangkai sirih dipotong dari daunnya. Putuskan yang bawah iaitu yang menemukannya pada daun itu, kemudian tangkai tadi dilukis pada bulu kening anak damit. Amalkan kepada anak damit kita yang masih berumur sebulan hingga ia menjangkau usia ke setahun. Selain membentuk bulu kening ia juga akan melebatkan bulu kening anak itu nanti.

Membuat Anak Cepat Bercakap Dan Pintar

Jika anda memasak nasi, dan ketika nasi sudah mendidih, awda akan dapati air pada nasi itu menggelagak atau mendidih dan mengeluarkan seperti buih (buyah), cuba sudukan buih (buyah) yang sedang menggelagak atau mendidih itu dan suapkan kepada anak yang baru berusia 2 minggu atau sebulan.

Memilih Ikan Yang Baik

[a] Mata ikan terang, warna hitam pada bola matanya tidak bercampur warna lendir.

[b] Sisik ikan tidak banyak yang gugur.

[c] Bila badan ikan itu ditekan dengan jari, daging ikan itu kembali seperti kedudukan semula/asal.

[d] Tidak terdapat luka pada badan ikan tersebut.

[e] Warna iseng/insangnya masih dilapisi lendir asli.

[f] Badannya tidak berbau.

Memudahkan Tidur
Ambil akar kelapa hijau sebanyak lima potong dan direbus dengan air sebanyak satu gelas. Akar tadi mestilah dipotong sepanjang lima sm (cm). Kemudian tapis dan ambil airnya. Cubalah minum air rebusan tersebut lebih kurang suku cawan sebelum tidur. Insya-Allah masaalah biskita susah hendak tidur dapat diatasi.
MENJAGA KESIHATAN KEPALA DAN KECANTIKAN RAMBUT


Rambut sememangnya mahkota wanita. Beberapa petua yang sering diamalkan oleh orang dulu-dulu nyata kebanyakannya membawa kesan yang mujarab jika selalu diamalkan walaupun sukar dibuktikan dengan menggunakan kaedah saintifik. Bagi wanita yang ingin mendapatkan rambut yang hitam berkilat dan tidak cepat beruban, minyak kelapa hijau (dibuat sendiri) dan dimasak bersama daun kermak (dibiarkan sejuk), kemudian dilumurkan pada rambut semalaman sebelum dicuci dikatakan membawa kesan yang sangat mujarab. Bagi yang berambut nipis dan ingin melebatkan rambut pula, petua yang harus diamalkan ialah menggunakan air embun yang bertakung pada pangkal pokok pisang dan dilumurkan ke rambut. Cara ini dikatakan dapat menyelesaikan masalah rambut nipis.

Selain itu, serai juga boleh digunakan sebagai 'syampu' rambut selain daripada digunakan sebagai perencah di dalam masakan. Caranya, tumbuk batang serai hingga pecah dan gosokkan pada kepala ketika mandi. Bau harum serai akan melekat pada rambut dan menghilangkan kotoran pada kulit kepala.

Mandi wap juga dikatakan boleh merawat rambut. Rawatan ini menggunakan bahan-bahan seperti daun pandan, minyak kelapa, telur, adpokat, lobak merah, lidah buaya ataupun daun semangkuk. Tetapi, tidak semua bahan ini digunakan bersama. Lumrahnya, daun pandan dan minyak kelapa antara bahan yang tidak ditinggalkan. Penggunaan bahan lain bergantung kepada keadaan. Jika rawatan ini selalu diamalkan, ia dipercayai dapat menghitam dan melebatkan rambut dan sentiasa kelihatan bermaya. Ia juga dikatakan dapat membantu mengatasi masalah keguguran rambut, menghilangkan kelemumur dan memulihkan masalah rambut bercabang. Cara ini juga dikatakan membantu merehatkan fikiran dan dapat menghilangkan penyakit migrain atau pening kepala. Sejauh mana kebenarannya

dari;pkukmweb.ukm.my
MENCANTIKKAN KULIT MUKA DAN PENJAGAAN KULIT


Manakala khasiat pinang muda pula tidak ramai yang mengetahuinya, tetapi pada seorang pengamal petua kecantikan tradisional, Puan Hamadah Datuk Ghazali, 53 tahun, ia sudah menjadi amalan keluarganya menggunakan pinang muda (yang bijinya masih berlendir) disapukan pada muka. Ianya dikatakan dapat melicinkan kulit muka dan awet muda. Selain itu, beliau juga mengamalkan 'bersabun' belimbing besi dan asam jawa. Belimbing besi yang masak ranum diramas bersama asam jawa lalu dilumurkan pada badan untuk meninggalkan kotoran dan bertindak sebagai antiseptik kulit yang gatal-gatal. Bagi menghaluskan kulit pula, beras pulut goreng yang ditumbuk halus (seperti tepung) dicampur bedak sejuk dan dijadikan lulur dan digosok seminggu sekali pada badan. Ia dikatakan berfungsi menanggalkan daki dan sel-sel mati. Tapak kaki pula boleh dihaluskan dengan menggosok asam jawa.

Selain itu, wanita juga dinasihati menjalani rawatan kecantikan merangkumi lulur, manggir, bleaching (mencerahkan kulit) dan mandi pupur. Lulur dikatakan dapat mengurangkan parut muka, menguning dan melicinkan kulit. Bahan lulur mengandungi kunyit, beras yang dijadikan tepung dan daun pandan serta temu giring. Manggir pula dipercayai dapat membantu memutihkan kulit, menegang dan memejalkan kulit badan. Ianya boleh dijadikan penyental dan pupur, diperbuat daripada beras pulut ditumbuk halus dan ramuan dedaunan khusus manggir. Ia elok dilakukan seminggu sekali.

Bleaching yang mengandungi kayu cendana dan lavendar pula dikatakan dapat memutih dan mencerahkan kulit dengan lebih pantas. Manakala mandi pupur pula boleh menjadikan kulit gebu, halus, lembut dan sentiasa lembap. Ramuannya ialah kacang soya yang dikisar halus, dadih, serbuk badam dan madu. Semua bahan ini disatukan dan digosok ke seluruh badan hingga kering. Ia dikatakan cara yang paling berkesan.

Selain itu, cara yang agak jarang digunakan ialah mandi Cleopatra. Ianya menggunakan pupur daripada lumpur yang bercampur madu, telor, minyak zaitun, minyak bunga matahari dan bahan lain. Caranya, bahan berkenaan disapu seluruh badan, dibiarkan kering dan kemudian dibersihkan dengan air sambil digosok rata. Mandian ini dipercayai membantu menegang, memejal, menghalus dan memberikan khasiat pada kulit. Hasilnya, kulit terasa lembut dan lambat berkedut.

Disamping itu, hampas kelapa dikatakan berkesan menanggalkan daki pada badan dan melembut serta melembapkan kulit. Selain itu, kacang soya yang dijadikan serbuk sesuai dijadikan penyental pada kulit muka dan badan. Dicampur air mawar atau air biasa, ia melembut, memutih dan menggebukan kulit, sesuai kepada semua jenis kulit. Manakal taufu daripada kacang soya juga boleh beri kesan yang sama dan boleh digunakan terus pada badan atau wajah.

Manakala serbuk beras pulut dan beras pulut hitam khusus menanggalkan sel kulit mati, mengurangkan parut disamping memerah dan memutihkan kulit wajah dan badan. Selain itu, air kelapa, adpokat dan lobak merah dikatakan juga amat berkesan dalam menjadikan kulit gebu putih dan halus. Selain itu, daun inai juga boleh memerah dan menghaluskan kulit muka dan menghilangkan jerawat dan bekas parut pada muka. Caranya mudah, tumbuk halus dan sental pada kulit muka. Begitu juga dengan kulit pisang, sengkuang dan kentang yang dikatakan dapat menghilangkan parut di muka. Selain itu, untuk menambah vitamin, menghalus serta menyegarkan kulit, minum perahan epal, tomato, oren dan buah-buahan lain setiap hari. Khasiatnya sama jika dimakan setiap hari dan tidak memudaratkan jika makan berlebihan.


dari;pkukmweb.ukm

Jumaat, 8 Januari 2010

MENJARANGKAN KELAHIRAN

Ambil segenggam halba, sedikit halia bara (sebesar ibu jari tangan) di rebus bersama lima gelas air atau lebih (bergantung sama ada ingin air pekat atau cair) Pastikan halba tadi direbus hingga kembang. Setelah air halba sejuk (suaM-suam kuku) bolehlah dibuat minuman dua kali sehari (pagi dan malam). Selain menjarangkan anak, air rebusan ini juga berkhasiat untuk perjalanan darah dan menyembuhkan penyakit lenguh-lenguh sendi.
PETUA MERAWAT KAKI



Jika penjagaan muka diberi keutamaan paling utama apabila ingin menjadi cantik, kaki cenderung diabaikan walau ia aspek yang tidak kurang penting di dalam perawatan kecantikan.

Kaki indah dan cantik dilihat jika kulitnya kelihatan mulus tanpa sisik kering dan tompokan parut kecil. Atas faktor itu, wujud pelbagai rawatan khusus untuk kaki antaranya spa kaku serta manicure dan pedicure.

Namun, jika anda gemar memanjakan diri di rumah, luangkan masa sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk melakukan spa kaki menggunakan bahan semula jadi yang boleh didapati di dapur anda.

1. Kaki lembut dan wangi

Memakai kasut kulit bertutup boleh menyebabkan kaki berbau. Lebih teruk jika ia dibiar lembap, kaki boleh ditumbuhi kulat lantas membuatkan anda terasa tidak selesa.

Memiliki kaki lembut dan wangi tidak sukar jika anda rajin merawatnya.

Bahan:

1 cawan jus lemon

2 sudu makan minyak zaitun

1/4 cawan susu

Air secukupnya

Serpihan kelopak mawar atau kayu manis (untuk aroma)

Cara:

Campurkan semuanya di dalam besen sederhana besar. Masukkan kedua kaki (separas betis) selama sepuluh minit, kemudian keringkan kaki dan bilas dengan sabun lembut serta air. Lakukan dua kali seminggu selama beberapa minggu sehingga kaki anda terasa lembut.

2. Hilangkan sisik pada kaki

Kaki bersisik boleh menjejaskan penampilan tambah pula jika anda suka bergaya dengan skirt pendek. Ada juga wanita yang mengamalkan pemakanan seimbang dan meminum air putih di dalam jumlah yang cukup namun kulit mereka semula jadi kering.

Justeru, untuk merawat masalah kulit kering, mengkudu atau nama santifiknya Morinda Citrifolia adalah jawapannya.

Cara:

Gosokkan buah mengkudu matang pada bahagian kaki yang bersisik. Lakukan selama lima hingga 10 minit. Bersihkan dengan kain bersih yang direndam air suam.

3. Tumit kaki halus

Di dalam dunia kecantikan, penggunaan garam digunakan secara meluas untuk membantu menghaluskan kulit, menggalakkan pertumbuhan sel sekali gus meremajakan kulit.

Bahan:

1 genggam garam

1 titis minyak aroma seperti serai, halia, limau atau teh hijau

Cara:

Campurkan kedua bahan dan masukkan ke dalam air hangat. Rendam kaki dan gosok bahagian tumit yang kasar dengan sikat halus dan batu apung. Urut bahagian tumit dengan garam untuk membuang kulit kering. Apabila selesai, bilas kaki dengan air dan keringkan sebelum kaki disapu losyen pelembap sesuai jenis kulit.

sakit kepala


Tidak semua orang mengalami sakit kepala teruk atau migrain. Kalau ini terjadi, selalunya kita akan menyalahkan cara pengambilan makanan yang tidak teratur. Kita mungkin kurang mengambil kira persekitaran yang kadangkala menjadikan kita sebagai mangsa keadaan dan menjerumus kesihatan ke tahap yang kurang baik seperti sakit kepala. Sesetengahnya menjadikan sakit kepala sebagai khabar berita gembira kepada yang sedang bekerja. Saya atau anda mesti pernah mengalaminya.

Baru-baru ini, saya ada cuba mencari penyelesaian mudah kepada punca sakit kepala ini. Sekurang-kurangnya saya dapat menjumpai rawatan alternatif selain pengambilan ubat-ubatan. Seseorang telah memberitahu saya:-

Sebaik bangun dari tidur, cuci muka terlebih dahulu sebelum gosok gigi. Oleh itu, kita akan jarang dapat penyakit ini.

Pelik tetapi amat mudah untuk melakukannya. Rutin harian manusia masa kini agaknya berbeza dengan cara orang zaman dahulu. Zaman segera masa kini selalunya membuat kita lupa banyak perkara mudah. Tabiat kita hari ini sepatutnya diperbetulkan jika kita mahu hidup sihat. Terpulang kepada kita untuk menentukan nasib badan sendiri.

Agaknya kalau petua ini tidak memberi kesan kepada anda, saya rasa anda patut berjumpa dengan doktor. Mereka lebih arif.

cara mandi wajib



عن ابن عباس قال: قالت ميمونة: وضعت لرسول الله صلى الله عليه وسلم ماء يغتسل به، فأفرغ على يديه، فغسلهما مرتين أو ثلاثا، ثم أفرغ بيمينه على شماله، فغسل مذاكيره، ثم دلك يده بالأرض، ثم مضمض واستنشق، ثم غسل وجهه ويديه، وغسل رأسه ثلاثا، ثم أفرغ على جسده، ثم تنحى من مقامه، فغسل قدميه.
Dari Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Maimunah RA berkata: Aku meletakkan air untuk Rasulullah SAW mandi wajib. Baginda SAW menyiram kedua tangannya dan membasuh kedua tangannya dua atau tiga kali. Seterusnya Baginda SAW menyiram air dengan tangan kanannya ke tangan kirinya dan membasuh kemaluannya (dengan menggunakan tangan kiri). Selepas itu, Baginda SAW menyapu tangannya ke tanah, kemudian Baginda SAW memasukkaan air ke dalam hidung dan mulut kemudian mengeluarkannya. Seterusnya Baginda SAW membasuh mukanya dan kedua tangannya dan membasuh kepalanya tiga kali. Selepas itu Baginda SAW menyiram air ke atas tubuhnya, kemudian baginda saw berpindah dari tempat tersebut dan mencuci kedua kakinya. (al-Bukhari)


Di dalam Sahih Muslim (317) disebutkan pula:
ثم أتيته بالمنديل فرده
Kemudian aku (Maimunah RA) memberikan kepada Baginda SAW sapu tangan, lalu Baginda SAW menolaknya.

Ringkasan cara mandi wajib berdasarkan dalil-dalil di atas ialah:

1) Niat. Ini berdasarkan hadis yang popular bahawa setiap amal mestilah dengan niat.
2) Membaca ‘Bismillah’.
3) Mencuci tangan sebanyak tiga kali.
4) Mencuci kemaluan dengan tangan kiri
5) Menggosokkan tangan kiri ke tanah lalu lalu mencucinya. Boleh juga mencuci tangan kiri itu dengan sabun.
6) Berwudhu. Wudhu boleh dilakukan seperti wudhu untuk solat (Sohih Muslim:317) ataupun menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.
7) Menyela-nyela rambut secara merata lalu menyiramnya 3 kali dengan air sepenuh dua telapak tangan. Ini berdasarkan hadis dari Aisyah di dalam sahih al-Bukhari:
ثم يدخل أصابعه في الماء، فيخلل بها أصول شعره، ثم يصب على رأسه ثلاث غرف بيديه
“Kemudian Baginda SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudian menyela-nyela rambutnya, kemudia menyiram kepalanya 3 kali dengan kedua tangannya.”

Ketika menyiram kepala hendaklah dimulai dengan bahagian kanan, kemudian, bahagian kiri dan seterusnya bahagian tengah kepala. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah RA di dalam sahih Muslim (318):
. بدأ بشق رأسه الأيمن. ثم الأيسر
Baginda SAW menyiram kepalanya di bahagian kanan, kemudia bahagian kiri.

Bagi wanita yang dalam keadaan junub, diblehkan untuk tidak melepaskan ikatan rambutnya. Ini berdasarkan hadis Ummu Salamah RA.
عن أم سلمة، قالت: قلت: يا رسول الله! إني امرأة أشد ضفر رأسي. فأنقضه لغسل الجنابة؟ قال “لا. إنما يكفيك أن تحثي على رأسك ثلاث حثيات. ثم تفيضين عليك الماء فتطهرين
Dari Ummu Salamah RA, beliau berkata: Aku berkata kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah SAW، sesungguhnya aku perempuan yang suka mengikat rambutku. Perlukah aku membuka ikatan tersebut ketika mandi junub? Jawab Rasulullah SAW: “Tidak, cukuplah bagi kamu dengan dengan menyiramkan air ke atas kepala kamu sebanyak 3 kali dan meratakan air ke seluruh tubuh kamu, dan kamu sudah dikira sudah bersuci. (Sahih Muslim:330)

Akan tetapi jika mandi untuk haidh, maka dianjurkan untuk melepaskan ikatan rambut. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah ra di dalam sahih al-Bukhari di mana beliau kedatangan haidh ketika menunaikan haji. Lalu baginda saw berkata sedemikian:

دعي عمرتك، وانقضي رأسك، وامتشطي
“Tinggalkanlah umrahmu, lepaskanlah ikatan rambutmu (ketika mandi) dan sisirlah rambutmu”

8) Memulakan dengan bahagian kanan tubuh.
عن عائشة؛ قالت: إن كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يحب التيمن في شأنه كله. في نعليه، وترجله، وطهوره
Dari ‘Aisyah RA: Sesungguhnya Rasulullah SAW suka mendahulukan bahagian kanan pada semua urusannya, ketika memakai kasutr, ketika bersikat dan ketika bersuci. (Sahih Muslim:268)

9) Meratakan air ke seluruh tubuh. Kita mestilah semua lipatan tubuh seperti ketiak dan lain-lain. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah (Sunan Abi Daud:243, di nilai sahih oleh al-Albani)
10) Beralih dari tempat mandi dan membasuh kaki.


Wallahu’alam.

Rujukan:
طهور المسلم في ضوء الكتاب و السنة مفهوم و فضائل وآداب و احكام
Terjemahan Indonesia bertajuk: Thaharah Nabi, tuntunan bersuci lengkap oleh Said bin Ali bin Wahf al-Qahtani